Saturday 14 September 2013

Pemilihan CEC LimGuanEng Dibidas DAP Kronisme

Pemilihan CEC : Tindakan Guan Eng Dibidas


alt
KUALA LUMPUR 13 Sept - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibidas kerana tidak memahami Perlembagaan parti susulan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek Tan Tuan Tat berkata sikap Guan Eng yang tidak mahu menerima pandangan menyebabkan ahlinya tidak menghormati beliau dan parti.
"Di mana letaknya air muka Guan Eng, Perlembagaan parti sendiri pun tidak faham inikan pula hendak memerintah negara, adakah beliau langsung tidak berasa malu dengan keadaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau menjelaskan bahawa jika DAP tidak mematuhi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan parti tidak mustahil Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan terus mempertikaikan pemilihan terbaru itu.
" Inilah masalahnya, jika dulu imej DAP amat disegani dan dihormati tetapi kini disebabkan sikap pemimpin DAP sendiri yang tidak memahami Perlembagaan parti ia bakal menghancurkan parti itu sendiri, jika sebelum ini, Guan Eng menuduh ROS sebagai penyebab pemilihan CEC itu terbatal maka tidak hairanlah kalau sekali lagi ia dibatalkan. ," ujarnya. 
Sebelum ini, ROS mengarahkan semula pemilihan CEC parti kerana di dakwa berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi dan juga terdapat aduan menyatakan sejumlah perwakilan dinafikan hak untuk menghadiri kongres itu.


No comments:

Post a Comment