Tuesday 8 October 2013

DAP Blackout la beb...

Ke mana hilangnya 851 perwakilan DAP?



KUALA LUMPUR 7 Okt. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan missing in action pada Kongres Khas parti itu, 29 September lalu.
* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang' semasa kongres tersebut.
* Pada pemilihan tahun lalu, seramai 753 perwakilan tidak hadir dan kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang. Apakah mereka ini merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia. Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia politik keadaan sedemikian.
* Sehubungan itu, KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka.
* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23 berbanding kelima.
* Sebagai rakyat Malaysia, saya melihat perkara ini sebab ia membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti politik negara ini.


source;

Thursday 3 October 2013

Zairil Ahli DAP Guna Nama Melayu Untuk Mengelirukan

ZAIRIL ADA NIAT GUNA NAMA MELAYU DALAM DAP !!






Rumah siap, kontraktor berbunyi, tuan rumah buat-buat buta tuli. Itulah yang berlaku selepas selesainya pemilihan semula CEC DAP. Dalam kata lain, pemilihan CEC yang kontroversi telah ditangani dengan mengadakan pemilihan semula yang kontroversi juga. 

Mana tidaknya, jika jumlah ketidakhadiran dalam pemilihan semula ini adalah jauh lebih ramai dari pemilihan awal. Selain itu, ia juga menyaksikan begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir. 

Namun, apa yang lebih kontroversi ialah bagaimana anak Cina, Christopher Howard Lim yang lebih gemar menggunakan nama Melayu, Zairil Khir Johari, masih ke hulu ke hilir mengaku Melayu setelah menang dalam pemilihan semula ini. 

Anak Cina ini sebelum ini telah menang dalam pemilihan awal dengan cara yang cukup kontroversi dan kini mencipta kontroversi lagi melalui kekeliruan ‘bangsa’ sendiri. 

Nampaknya Zairil telah menjangkiti kebodoh-sombongan Guan Eng kerana menyangka yang orang lain bodoh serta tidak sedar dia sedang menipu. Jika tidak, tentu beliau tidak akan membuat kenyataan ini apabila disoal oleh akhbar the New Straits Times mengenai ‘Melayu’ di dalam CEC DAP. 

Kata Zairil: 

“Sebagai permulaan, jumlah calon Melayu yang bertanding tidak ramai, iaitu hanya tujuh orang dari jumlah keseluruhan. Jadi saya rasa kemenangan saya seorang adalah sudah cukup bagus.”

Soalan kita, sejak bila Zairil menjadi Melayu? 

Jika kita mencari maklumat mengenai Zairil di internet, kita pasti akan terjumpa salah satu wawancaranya di mana beliau bangga memberitahu dunia bagaimana bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari juga merasa ‘kurang sesuai’ dengan cara Melayu dan lebih ‘senang’ dengan budaya dan cara hidup Cina. 

Hakikat bahawa Zairil mendedahkan perkara ini menunjukkan bahawa Zairil juga tidak suka dengan cara Melayu. Ini tentulah tidak mengejutkan kerana beliau langsung tidak punya darah Melayu malah lahir juga di Hawaii. Hanya setelah berusia belasan tahun maka ibunya berkahwin dengan seorang Melayu yang turut ‘tidak suka’ menjadi Melayu. 


Justeru, tiada apa-apa yang Melayu mengenai Zairil melainkan nama yang digunakannya. Sekali gus membutikan bahawa tindakannya mempromosi dirinya sebagai Melayu mempunyai motif yang licik dan jahat. 

Namun, tiada siapa yang akan tertipu lagi dengan pembohongan Zairil kecuali mereka yang sama bodoh atau lebih bodoh dari Zairil sahaja. Lebih dari itu, Zairil, seperti juga Guan Eng, Kit Siang, Karpal dan anak beranak mereka, hanya mampu menipu diri sendiri kononnya diri mereka dan bangsa mereka lebih bijak dari Melayu. 

Entah bila Zairil akan sedar dari perasannya bahawa beliau tidaklah sebijak mana berbanding Melayu biasa. Dalam banyak segi, Melayu biasa, para nasionalis adalah jauh lebih bijak dari Cina DAP, Melayu celup atau Cina bernama Melayu sepertinya. Melayu biasa juga jauh lebih telus, matang dan bijaksana serta professional kerana tidak mudah terbawa-bawa dengan semangat perkauman membabi buta. 

Buktinya, negara ini kekal aman, teguh dan maju biarpun mengalami berbagai ancaman sejak dahulu sehingga ke hari ini. 

Sedangkan, jika DAP yang memerintah, kita pasti negara ini sudah lama terlingkup dalam beberapa hari sahaja. 14 hari diperintah komunis dan tragedy 13 Mei sudah cukup untuk menggambarkan kehidupan di bawah pemerintahan DAP. 

Atau, mungkinkah kerana itu, Zairil ingin mengaku Melayu? Iaitu kerana tidak mahu dikaitkan dengan Cina DAP yang bodoh sombong? Namun, kita tidak percaya yang Zairil mampu menganalisis sejauh ini. 

Untuk pengetahuan Zairil, kalau pun benar beliau Melayu, maka terimalah hakikat hanya Melayu paling bodoh sahaja yang sanggup duduk dalam DAP. Walaupun sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, jika Cina DAP bodoh, maka Melayu DAP jauh lebih bodoh. Oleh itu, apapun bangsa yang dipilih Zairil untuk dipromosi, kedua-duanya sama sahaja bodoh sombong selagi duduk di dalam DAP. 

Kalau tak bodoh, masakan Zairil boleh keliru akan bangsanya sendiri?

Saturday 28 September 2013

Kerjasama SPRM & Parti-Parti Politik







Rasuah : Parti Politik Digesa Bekerjasama dengan SPRM

Parti-parti politik yang akan mengadakan pemilihan tidak lama lagi perlu bersikap terbuka dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani secara serius sebarang kes politik wang yang dilaporkan.

Tuesday 24 September 2013

Diskriminasi Kaum Di Singapura

Mengapa Lee Kuan Yew, parti PAP ... HARAMKAN MELAYU SINGAPURA BACA ARTIKEL INI

| Monday, September 23, 2013





SUMBER : The Economic Marginality of Ethnic Minorities: An Analysis of Ethnic Income Inequality in Singapore. [ Dr William Keng Mun Lee ] 

Jurang besar pendapatan antara orang Cina dan kumpulan etnik yang lain adalah disebabkan oleh diskriminasi kaum. Analisa lanjut corak pengagihan pekerjaan yang tidak seimbang menunjukkan bahawa orang Melayu dan India berada dalam bidang pekerjaan yang bergaji rendah bagi seluruh industri. 

Penemuan ini, bersama-sama dengan jurang tahap pendidikan tidak menjelaskan sepenuhnya ketidakseimbangan pendapatan, namun dibuktikan dengan kesimpulan bahawa pengecualian orang Melayu dan India dari bidang pekerjaan yang bergaji tinggi bagi seluruh industri telah menyumbang kepada ketidaksamaan pendapatan etnik.

Kegagalan perbezaan pendidikan dalam menjelaskan jurang pendapatan etnik mengesahkan wujudnya diskriminasi gaji dalam menerangkan ketidakseimbangan pendapatan antara etnik di Singapura.

Sumber kepada berlakunya diskriminasi adalah titik tumpuan mengapa etnik minoriti berada dalam bidang pekerjaan yang bergaji rendah. Walaupun telah dilakukan penambahbaikan kedudukan keseluruhan ekonomi bagi tiga kumpulan etnik utama ini, kajian ini tidak menyokong kesimpulan kajian stratifikasi yang telah dilakukan sebelumnya di Singapura bahawa ketidaksamaan pendapatan antara etnik telah mengecil. Sebaliknya, kajian ini telah menunjukkan bahawa jurang pendapatan diantara etnik telah meningkat dalam tempoh dua dekad yang lalu.

Di Singapura, kaum Cina yang juga penduduk terbesar mendominasi kebanyakan sektor perindustrian. Orang Melayu hanya terdiri daripada beberapa 14 peratus daripada keseluruhan penduduk tertumpu di sektor awam dan sebahagian kecilnya adalah pekerja tidak mahir dan separa mahir dalam sektor pengangkutan, pembuatan dan perkhidmatan perniagaan. Kaum India pula, kira-kira 8 peratus daripada penduduk, didapati bekerja dalam dalam sektor perkhidmatan peribadi dan sektor komersial.

Amat jelas bahawa diskriminasi budaya bekerja telah lama berakar umbi dalam dunia pekerjaan di Singapura. Oleh itu, perbezaan yang telah lama wujud akibat dasar penjajah, perbezaan budaya kerja, kelewatan memasuki pasaran buruh dan ancaman oleh orang Cina telah membawa kepada pembinaan halangan terbesar terhadap orang Melayu dan India dari mendapat pekerjaan bergaji besar di Singapura.


Berdasarkan kepada perbezaan budaya yang masih wujud, majikan lebih memberi penekanan kepada peranan cabang kebudayaan etnik dalam mengekalkan status pekerjaan yang bergaji rendah terhadap orang Melayu dan India. Oleh yang demikian, etnik minoriti telah dikecualikan daripada menjawat pekerjaan yang bergaji tinggi bukan kerana modal insan yang tidak mencukupi namun lebih kepada persepsi bahawa etnik monoriti tidak mempunyai etika kerja yang diperlukan dan nilai kepada ekonomi moden.

Secara keseluruhannya, persepsi ini telah ditanam oleh warga Singapura sejak zaman penjajah lagi dan diteruskan dengan dasar kerajaan sekarang. Orang Cina di Singapura, yang melindungi kepentingan ekonomi mereka, telah berjaya mengasingkan etnik minoriti kepada pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah.

Telah diketahui, orang Cina di Singapura telah membuat keuntungan ekonomi yang besar dengan 'mengurung' orang Melayu dan India kepada pekerjaan yang bergaji rendah. Ciri-ciri sosial dan fizikal yang dimiliki oleh kaum Cina ini digunakan sepenuhnya sebagai kriteria kelayakan untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Struktur sejarah dalam hubungan sosial telah menghadkan orang Melayu dan India daripada mendapat ganjaran penuh dan keistimewaan dalam pasaran buruh.


Kerajaan tidak menidakkan ancaman kepada kestabilan politik jika etnik minoriti, khususnya orang Melayu, terus ketinggalan berbanding kaum Cina. Dalam hal ini, kerajaan telah memulakan dasar afirmatif dengan penubuhan Mendaki, untuk memajukan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Memandangkan kaum Cina adalah kumpulan dominan dalam politik dan berada di kemuncak stratifikasi sosial, dasar-dasar kerajaan yang mensasarkan untuk meningkatkan status sosio-ekonomi etnik minoriti telah menggalakkan tanggapan dan persepsi bahawa orang Cina adalah satu spesies yang berbeza dengan budaya yang lebih tinggi daripada kumpulan etnik yang lain, dan semua kaum lain kumpulan patut mencontohi orang Cina.


Persepsi bahawa orang Cina adalah satu spesies yang berbeza dengan budaya yang lebih tinggi daripada kumpulan etnik yang lain telah menyentap pemikiran kumpulan etnik minoriti. Sudah wujud satu perasaan yang jelas di kalangan etnik minoriti yang berpendidikan tinggi bahawa mereka telah dilayan secara tidak adil, dan mobiliti sosial adalah lebih baik jika seseorang itu adalah orang Cina. 




Artikel ini sebagai jawapan kepada MELAYU-ISLAM PEMBANGKANG masih lagi dibuai dengan mimpi basah TAHALUF SIYASI dengan DAP. 

Tidak ada bezanya Abang Besar PAP Singapura dengan Adik Kecik DAP Malaysia. Siapa kata MELAYU SINGAPURA tidak mengalami diskriminasi kaum ? Cuma MELAYU SINGAPURA malu untuk mengakuinya akibat tekanan politik CINABENG Singapura..
source:
LINK

PAS Diam Haram Syiah?

Mukhriz terkejut apabila PAS Kedah tidak sokong menentang Syiah.


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah.

Bagaimanapun tegasnya, beliau merasakan ada jalan lain yang boleh dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan di antara PAS dan Umno di negeri itu dan membuat keputusan untuk tidak memanjangkan fikirannya itu kepada exco negeri yang lain.

"Tetapi setelah kita fikirkan ada cara-cara lain kita boleh terokai dulu, kita tengok apa kesannya dan buat masa ini sedikit payah untuk lakukan apa yang dicadangkan sebelum ini" katanya lagi.

Menurut Mukhriz, tindakannya tidak meneruskan hasrat menawarkan satu kerusi exco kepada PAS ternyata betul apabila melihat sikap parti itu yang tidak berapa ambil peduli akan isu pengharaman Syiah di Kedah.

"Saya agak terkejut dalam membahaskan enakmen jenayah syariah yang melibatkan Syiah baru-baru ini nampaknya mereka tidak sokong apa yang hendak kita lakukan.

"Maksudnya pendekatan yang kita ambil itu yang tepatlah, kita buat sendiri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Dialog Bersama Pemimpin: Impak Krisis Timur Tengah kepada Malaysia di Shah alam semalam.

sumber:
LINK

PM Datuk Najib Jumpa Mark Zuckerberg

Pertemuan Najib dan CEO Facebook Hari Ini





SAN FRANCISCO 25 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan sesi pertemuan bersama Ketua Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg  bagi membincangkan potensi kerjasama antara Facebook dan Malaysia.

Pertemuan julung kalinya itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pertemuan buat pertama kalinya di Menlo Park itu bagi memberi fokus kepada usaha untuk merapatkan jurang digital dan capaian internet serta peluang kerjasama yang boleh dijalinkan oleh kedua-dua pihak.

Ianya juga merupakan salah satu perbincangan peringkat tertinggi Menteri Kewangan itu dalam lawatan ke Lembah Silikon yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Najib yang memulakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada 22 September lalu dijangka pulang semula ke tanah air pada Ahad ini.

sumber:

Gangster a.k.a Penjenayah Jadi ADUN?

Monday, September 9, 2013

Bila Syiah dan Gangster dilantik sebagai wakil rakyat

Kejadian dimana gangster dan penganut Syiah diangkat menjadi ADUN dan MP di Malaysia amat menakutkan. Di zaman ini masyarakat tak terfikir bahawa perbuatan mereka menyokong party tertentu terutama DAP dan PAS mengundang padah besar. Mungkin mereka buta politik sehingga tak mengetahui bahawa seorang ADUN dan MP mempunyai peranan menentukan halatuju undang undang di Negara kita dalam DUN dan Parlimen!
 

Gambar lima gangster berbahaya ditembak mati polis di Sungai Nibong Pulau Pinang
5 Gangster mati ditembak selepas menyerang anggota polis. Inipon nak dapat pembelaaan DAP!
 

Bila kematian anggota polis tak berharga dan kematian gangsters lebih berharga buat ahli politik DAP dari Segambut!
 
 
Oleh itu tak hairan bila PDRM mengumumkan seorang bekas gangster yang pernah ditahan dalam Emergency Ordinance boleh menjadi ketua cawangan party di negeri yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Pulau Pinang. Tidak hairan juga jika sebuah party komponen Pakatan  menyediakan bantuan guaman untuk anggota komunis dan  anggota keluarga gangster yang ditembak mati di Pulau Pinang baru baru ini
 
 
Juga tak hairan bila ADUN PAS menolak Enakmen Anti Syiah di Kedah kerana sebilangan besar yang dilantik juga pernah menentang mantan MB Kedah iaitu Datuk Seri Ustaz Azizan kerana fikrah Syiah sesat mereka .
 

Konon Syiah menentang Enakmen Anti Syiah sebab Kerajaan "tak Islamik". ADUN PAS yang menolak Enakmen Syiah itu tahu atau tidak Syiah adalah ajaran SESAT?

Hari ini Ustaz Zamihan dari KDN mencadangkan supaya ISA diwujudkan semula untuk menangani isu keselamatan Negara. Rujuk berita di bawah untuk makluman lanjut
 
 
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
 
 
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
 
 
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
 
Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah),” katanya.
 
 
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
 
Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.
Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.
 
Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif,” katanya.
 
Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.


source: