Tuesday 24 September 2013

PAS Diam Haram Syiah?

Mukhriz terkejut apabila PAS Kedah tidak sokong menentang Syiah.


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah.

Bagaimanapun tegasnya, beliau merasakan ada jalan lain yang boleh dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan di antara PAS dan Umno di negeri itu dan membuat keputusan untuk tidak memanjangkan fikirannya itu kepada exco negeri yang lain.

"Tetapi setelah kita fikirkan ada cara-cara lain kita boleh terokai dulu, kita tengok apa kesannya dan buat masa ini sedikit payah untuk lakukan apa yang dicadangkan sebelum ini" katanya lagi.

Menurut Mukhriz, tindakannya tidak meneruskan hasrat menawarkan satu kerusi exco kepada PAS ternyata betul apabila melihat sikap parti itu yang tidak berapa ambil peduli akan isu pengharaman Syiah di Kedah.

"Saya agak terkejut dalam membahaskan enakmen jenayah syariah yang melibatkan Syiah baru-baru ini nampaknya mereka tidak sokong apa yang hendak kita lakukan.

"Maksudnya pendekatan yang kita ambil itu yang tepatlah, kita buat sendiri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Dialog Bersama Pemimpin: Impak Krisis Timur Tengah kepada Malaysia di Shah alam semalam.

sumber:
LINK

No comments:

Post a Comment