Tuesday 24 September 2013

PM Datuk Najib Jumpa Mark Zuckerberg

Pertemuan Najib dan CEO Facebook Hari Ini





SAN FRANCISCO 25 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan sesi pertemuan bersama Ketua Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg  bagi membincangkan potensi kerjasama antara Facebook dan Malaysia.

Pertemuan julung kalinya itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pertemuan buat pertama kalinya di Menlo Park itu bagi memberi fokus kepada usaha untuk merapatkan jurang digital dan capaian internet serta peluang kerjasama yang boleh dijalinkan oleh kedua-dua pihak.

Ianya juga merupakan salah satu perbincangan peringkat tertinggi Menteri Kewangan itu dalam lawatan ke Lembah Silikon yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Najib yang memulakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat pada 22 September lalu dijangka pulang semula ke tanah air pada Ahad ini.

sumber:

No comments:

Post a Comment